Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Lamborghini derma kepada mangsa banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

MOSCOW: Pengeluar kereta super Itali, Lamborghini menderma sebanyak €1 juta (AS$1.08 juta) untuk membantu mangsa banjir di wilayah Emilia-Romagna di negara itu, lapor Sputnik, memetik syarikat pada Selasa.

“Automobili Lamborghini menyokong kempen ‘Un aiuto per l’Emilia-Romagna’ melalui derma €1 juta Euro.

Pihak syarikat bertindak balas terhadap peristiwa dahsyat di wilayah itu dengan menyertai kempen pengumpulan dana itu yang dipromosikan oleh Agensi bagi Keselamatan Wilayah dan Perlindungan Awam.

“Dana itu didermakan dengan penyelarasan pihak berkuasa tempatan untuk menyokong komuniti yang terjejas, dengan tumpuan khusus pada projek pemulihan alam sekitar akibat ketidakstabilan hidrogeologi,” kata Lamborghini dalam satu kenyataan.

Pembuat kereta itu juga mengumumkan pembatalan Acara Giro, sambutan ulang tahun ke-60 syarikat yang diadakan dari 24 hingga 28 Mei dari Rom ke Bologna.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata syarikat itu sentiasa prihatin dan sensitif terhadap wilayah dengan pihaknya beroperasi dan melalui isyarat konkrit bagi solidariti dan keakrabannya dengan komuniti yang terjejas oleh kecemasan alam sekitar itu.

Baca lain  Dua rakyat Palestin terbunuh 

Minggu lalu, satu lagi pengeluar kereta super Itali, Ferrari turut mengumumkan sumbangan €1 juta dalam bentuk bantuan kepada mangsa banjir di wilayah itu.

Formula 1 juga mengumumkan sumbangan €1 juta kepada Agensi Keselamatan Wilayah dan Perlindungan Awam Wilayah Emilia-Romagna untuk membantu komuniti terjejas akibat banjir selain membatalkan Grand Prix Emilia-Romagna di Litar Imola yang dijadual pada 20 hingga 21 Mei.

Hujan lebat melanda EmiliaRomagna lebih seminggu lalu, menyebabkan banjir dan tanah runtuh di lebih 30 bandar dan kampung. Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dalam bencana alam itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, sebanyak 43 penempatan masih dinaiki air manakala kira-kira 23,000 orang masih berada di pusat pemindahan.

Pada Selasa, Majlis Menteri Itali meluluskan pakej bantuan bernilai lebih €2 bilion untuk membantu mangsa banjir. – Bernama 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru