ARTIKEL

Steven membincangkan pemasangan lampu isyarat baharu di persimpangan berhadapan SK One Garden City Bintulu menghala ke Taman Bukit Orang.

Lampu isyarat baharu di persimpangan berhadapan SK One Garden City menghala ke Taman Bukit Orang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU : Lampu isyarat baharu dipasang di persimpangan berhadapan SK One Garden City Bintulu menghala ke Taman Bukit Orang.

Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Bintulu Steven Kong Kai Seng, berkata pemasangan lampu isyarat itu bagi menambah baik kawalan lalu lintas dan mengurangkan kesesakan di kawasan itu.

Beliau menyertai wakil Lembaga Kemajuan Bintulu, Majlis Keselamatan Jalan Raya Bintulu, Pusat Khidmat DUN Tanjong Batu dan pihak konsultan untuk meninjau kesesakan lalu lintas di kawasan itu, pada Selasa.

“Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju dengan cadangan pemasangan lampu isyarat di persimpangan berhadapan SK One Garden City Bintulu menghala ke Taman Bukit Orang bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas,” katanya.

Beliau menambah terdapat banyak aduan daripada pengguna jalan raya berhubung kesesakan lalu lintas yang kerap berlaku di persimpangan tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU