KUCHING: Lampu isyarat persimpangan Jalan Kuching/ Samarahan Expressway, bulatan Setia Raja kini dibuka untuk kegunaan ramai.
Menurut notis pemberitahuan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan, lampu isyarat tersebut mula beroperasi pada 5.30 petang, semalam.
“Pihak kita akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.
JKR turut menasihati pengguna-pengguna jalan agar berhati-hati semasa memandu di jalan tersebut kerana kerja-kerja menaik taraf masih lagi dalam proses pelaksanaan.
“Penggguna jalan raya juga dinasihati agar merancang perjalanan terlebih awal agar tidak berlaku kelewatan,” tambahnya.
Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut sila berhubung dengan Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian 082-671076.