ARTIKEL

Lampu jalan sepanjang Lebuhraya Pan Borneo diselenggara oleh SEB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyelenggaraan lampu jalan sepanjang Lebuhraya Pan Borneo (LPB) adalah dibawah seliaan Sarawak Energy Berhad (SEB), bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR).

Pengerusi MPP Lo Khere Chiang berkata pihaknya, tidak mempunyai kuasa mahupun tanggungjawab ke atas beberapa lampu jalan yang tidak berfungsi di sepanjang Jalan Liu Shan Bang.

Beliau sekali gus menyangkal dakwaan Pembantu Khas kepada Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong, bahawa MPP tidak bertanggungjawab dalam menyalahkan SEB.

Beliau berkata, lampu jalan tersebut mengalami kerosakkan disebabkan oleh pembinaan LPB sekitar Mei dan Jun 2022.

Lo Khere Chiang menunjukkan kawasan tiang lampu yang tidak berfungsi

“Kabel tersebut mengalami kerosakkan ekoran kerja pembinaan oleh kontraktor dan SEB membekalkan elektrik sementara kepada tiang lampu sedia ada melalui sumber kuasa terdekat,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, tiang lampu tersebut sekali lagi mengalami kerosakkan beberapa kali oleh kerja pembinaan LPB pada Jun dan Oktober 2022.

Sehingga kini, katanya, kesemua lampu sedia ada yang ditandakan warna biru dan jingga telah diperbaiki dan kesemua kabel yang mengalami kerosakkan telah dibaiki.

Sementara bagi tiang lampu ditanda warna kuning, Khere Chiang berkata, lapan tiang telah dialihkan oleh pihak kontraktor LPB untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan.

“Kontraktor telah berjanji akan memasang kabel baharu dan memasang semula lapan lampu jalan ini apabila kerja di tapak binaan telah siap.

“SEB akan memantau secara rapat perkembangan ini dan menggesa kontraktor LPB untuk memasang kabel dan meter agar lapan tiang lampu jalan ini dapat digunakan semula,” ujarnya.

Sehubungan itu, Adun Batu Kitang itu menggesa DAP agar tidak mencemar nama baik MPP tetapi sebaliknya membuat semakan kepada pihak Sesco terlebih dahulu untuk mengetahui perkara sebenar.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU