ARTIKEL

Lampu putih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KARYA: MARYAM MAZLAN

KOTA TINGGI,

JOHOR DARUL TAKZIM

“MAI, kaulah yang pandu

kereta, aku pening sangat

ini. Nak buka mata pun tak

larat rasanya.”

Telapak tangan Mai mula

berpeluh kerana gugup.

Mai memang mempunyai

lesen memandu, tapi dia baru

sahaja lulus ujian JPJ, tiga hari

lalu.

Lagi-lagi nak memandu

kereta Nia? Kereta Exora yang

besar dan panjang itu?

Malam-malam macam

ini? Mai hanya diam, tetapi

sebenarnya hura-hara sedang

berlaku dalam hatinya.

“Aku percaya kauboleh, Mai.

Kereta kecil ke, besar ke, sama

saja. Kalau bukan kau yang

memandu kereta, siapa lagi?

Kita berdua saja kat sini,” kata

Nia yang mula betulkan tempat

duduk dan bersandar lalu

mengurut dahinya.

“Harap-haraplah tak banyak

kereta sangat malam ini,”

bisik Mai dalam hati kecilnya.

Dengan bacaan Bismillah, Mai

mula memandu.

Mai terasa lega kerana tidak

banyak sangat kenderaan di

sekitar jalan di kawasan Petri

Jaya.

Kalau ada pun, dua tiga

buah sahaja sekali lalu. Mai

menggunakan lampu tinggi

apabila tiada kenderaan di

hadapannya.

Tiba-tiba, Mai perasan

ada cahaya putih terangbenderang.

Mai bersedia menggunakan

lampu rendah dan memandu

dengan kadar perlahan.

Cahaya putih itu semakin

mendekat.

Kenderaan yang

datang secara banyak itu

menggunakan lampu putih

yang membuat Mai berasa

sangat silau.

Mai sangat takut dan gugup.

Mai berselawat dan berdoa

agar tidak berlaku apa-apa.

“Mai, kau menangis ke?”

tanya Nia yang baru tersedar

dan melihat air mata Mai

menitis di pipi.

“Tak, mata aku pedih tengok

lampu putih kereta-kereta tadi,”

jawab Mai tenang sambil fokus

memegang stereng.

“Itulah. Kekadang pemandupemandu ini fi kir diri sendiri

saja.

Memanglah guna lampu

putih itu lagi jelas apabila

tengok jalan raya, tapi

menyeksa pemandu lain.

“Undang-undang pun tidak

membenarkan guna lampu

putih itu, tapi masih ada lagi

yang berdegil.”

“Itu kalau tiba-tiba ada

sekatan jalan, padan muka!

Menangislah kereta masuk

balai,” tambah Nia dengan

nada geram.

“Nia, masinlah mulut

kau. Kau tengok tak group

WhatsApp? Lepas kita lalu jalan

tadi, ada sekatan jalan dekat

simpang air terjun Kota Tinggi!”

BERITA LAIN

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

Puasa Pertama Aariqin

AIRUL AFFENDI ALI “Ayah, betul ke kalau tak puasa, tak boleh raya?. Soal Aariqin dengan dahi berkerut sambil matanya mulai mendung. Aku tersenyum. Buku yang

BERITA TERBARU

Rumah musnah terbakar, penghuni selamat

MIRI: Sebuah rumah di Kampung Pa Umor, Bario milik Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, musnah dalam insiden

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap