ARTIKEL

LAN BERAMBIH

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PROGRAM Lan Berambih Anak Sarawak (LBAS) 2023 mendapat sambutan ramai terutama bagi anak Sarawak yang berada di Semenanjung Malaysia.

Pada tahun ini, dijangka lebih 6,500 anak-anak Sarawak pelbagai institusi pengajian tinggi berkumpul di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bersama-sama meraikannya.

LBAS merupakan program yang menghimpunkan anakanak Sarawak sama ada belajar atau bekerja di Semenanjung Malaysia dan penganjuran pertamanya adalah pada 2008 – dikenali sebagai Rumah Terbuka Aidilfi tri.

Kemudian, ia ditukarkan kepada Karnival Lan Berambeh Anak Sarawak setelah peranannya diperluas untuk dijadikan platform pertemuan tahunan anak-anak Sarawak.

Kali ini juga, saya berkesempatan menyertai program LBAS bersama-sama Pusat Khidmat Mukah yang membawa belia terpilih di kawasan Mukah merasai suasana LBAS.

Tentunya, ini pengalaman berharga bagi kami yang menyertainya kerana tidak semua pernah merasai suasananya termasuk saya sendiri.

Antara pengisian menarik program LBAS adalah seperti Pameran Digital 60 Tahun Sarawak Merdeka yang melibatkan 14 agensi kerajaan.

Selain itu, terdapat juga pameran yang disediakan oleh agensi swasta yang memberi banyak maklumat berkenaan dengan pelajaran, latihan industri dan hala tuju selepas menamatkan pembelajaran di peringkat tinggi.

MANFAAT

Pada masa sama, turut diadakan sesi Sembang Santai Wakil Rakyat yang melibatkan pelbagai barisan wakil rakyat di Sarawak.

Sudah terang lagi bersuluh, sesi ini tentunya mendatangkan manfaat dan pengetahuan kepada pelajar sekali gus orang awam yang hadir kerana dapat mengetahui isu semasa yang berlaku di Sarawak walaupun berada di Semenanjung Malaysia.

Memandangkan Sarawak mempunyai keluasan wilayah yang besar, ia mendekatkan siswa dan siswi kepada pemimpin di setiap kawasan.

Pada masa yang sama, mereka juga sedar kewujudan agensi kerajaan dan swasta di Sarawak dengan adanya pameran yang disediakan. Ini menunjukkan agensi kerajaan dan swasta tetap mengambil berat akan pelajar yang berada di luar Sarawak dan mengambil pendekatan dalam program LBAS untuk menarik minat serta menyebarkan maklumat mengenai organisasi mereka kepada pelajar.

Melalui sesi ini, ia tentu dapat memberi gambaran kepada mereka untuk terus bersama-sama membangunkan Sarawak dan mencapai status negeri maju menjelang 2030.

HARMONI

Di samping itu, LBAS ini juga bukan sekadar ‘berambih’ tetapi ia menggambarkan keharmonian dan perpaduan rakyat Sarawak walaupun berada di luar negeri.

Kita masih dapat berkumpul di bawah bumbung yang sama walaupun terdiri daripada pelbagai etnik dan agama.

Pada majlis makan malam juga, ada antara tetamu yang hadir menggunakan pakaian tradisional masing-masing untuk memeriahkan LBAS sekali gus memperkenalkan kaum tersebut kepada orang ramai.

Umum mengetahui bahawa Sarawak mempunyai kepelbagaian etnik dan melalui LBAS juga, ia dapat menonjolkan sesuatu etnik tersebut contohnya dari segi pakaian.

Saya berpendapatan LBAS perlu diteruskan kerana ia antara platform yang berjaya mengumpulkan seluruh anak Sarawak di Semenanjung Malaysia dan ini menunjukkan keprihatinan pihak kerajaan kepada pelajar yang berada di luar negeri.

Justeru, perkara sebegini yang memberi banyak manfaat kepada pelbagai pihak perlu diteruskan supaya generasi akan datang dapat “merasa” bersama LBAS. 

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah