ARTIKEL

TAHAN… Empat lelaki tempatan ditahan kerana melanggar syarat sah lesen menunda ikan di perairan Muara Paloh di sini, awal pagi semalam.

Langgar syarat sah lesen, empat nelayan ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Empat lelaki tempatan ditahan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen kerana menunda ikan di kawasan kurang tujuh batu nautika dari pantai di perairan Muara Paloh di sini, awal pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, kesemua nelayan terbabit berusia dalam lingkungan 22 hingga 45 tahun.

“Dalam kejadian sekitar 6.25 pagi itu, pasukan Maritim membuat pemantauan di sekitar perairan Muara Paloh mengesan bot dalam keadaan mencurigakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu katanya, bot nelayan tempatan terbabit seterusnya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

RAMPAS…Bot yang digunakan empat nelayan tempatan terbabit.

“Kesemua lelaki terbabit berserta bot tempatan telah dibawa ke Jeti Terminal Penumpang Tanjung Manis untuk tindakan lanjut.
 
“Komuniti Maritim juga disarankan agar mematuhi undang-undang di laut dan kami amat mengalu-alukan perkongsian maklumat, aduan mahupun insiden kecemasan bagi menjamin kesejahteraan perairan di negara ini,” ujarnya.

Beliau turut berkata, sebarang aktiviti melanggar undang-undang dan kegiatan mencurigakan termasuk insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

Sekolah institusi penting bina masa depan negara

SIBU: Dana Program Mesra Rakyat (PMR) yang disalurkan membolehkan kemudahan sekolah sekitar kawasan Parlimen Sibu dinaik taraf. Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU