ARTIKEL

Langit terbuka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo.

Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar meletakkan tragedi dengan kesan berskala kecil.

Namun, terlebih awal, sejak Selasa, ketika Gunung Ruang di Kabupaten Siau Tagulandang Biaro Sulawesi Utara, dekat Manado meletus 2,000 meter meruap langit, impaknya melebar ke negara jiran khususnya penempatan sekitar Pulau Borneo.

Situasi bertambah buruk apabila abu muntahan Ruang mencecah 2,500 meter pada Rabu dan menujah sekitar 3,000 meter disertai bunyi gemuruh dan gegaran selepas itu.

Letusan membawa abu, batu serta kerikil, sejauh pantai Tagulandang, memaksa 1,000 penduduk sekitar berpindah.

RUANG MELETUS

Letusan amarah dari bumi itu, membuat langit menangis — membentuk awan debu, memungkinkan atmospera menanggung beban pencemaran muntahan gas beracun sulfur dioksida.

Mungkin berita baik setakat kini, kualiti udara di Sarawak dan Sabah masih terkawal dengan bacaan IPU 0-50 hingga sederhana 51-100, dalam kategori sihat.

Tidak sekadar Lapangan Terbang Sam Ratulangi, Manado ditutup sejak Khamis, malah puluhan jadual penerbangan Malaysia Airline dan AirAsia turut terkesan.

Dari segi ekonomi dan sosial, tragedi sebegini menjadikan wilayah yang berkongsi langit yang satu, sama-sama menanggung natijah bencana alam ini.

Ketika ruang udara menjadi jalur pergerakan manusia lewat penerbangan pesawat, ketika ini baru manusia terasa bahawa kelancaran faktor sosial sudah banyak disumbangkan oleh ruang langit tanpa sempadan.

Tentu sekali penerbangan pesawat dari negara luar sama ada dari Asean, China Barat atau Eropah turut terkesan.

Selain menundakan penerbangan, syarikat penerbangan harus bersedia memberi opsyen mengembalikan wang atau penjadualan semula kepada penumpang terjejas.

Ya, ternyata kita berkongsi langit yang sama, air hujan yang sama dan bencana yang sama.

Semua pihak menerima tragedi alam semula ini dengan lapang dada, kerana bencana dan tragedi tidak pernah mengenal erti sempadan negara.

Setakat ini, fenomena Gunung Ruang masih aman, meskipun tiada siapa tahu “kapan Ruang mahu ‘batuk’ lagi”.

Begitu juga ketika musim jerebu lewat Nusantara, berkongsi langit yang sama, kita menerima beban pencemaran ini dengan hati terbuka, meskipun sebahagian asbab fenomena ini terhasil oleh olah dan tangan manusia.

BANJIR KILAT TELUK

Awal minggu ini, di langit Teluk, juga berkongsi langit yang sama, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Oman, Bahrain dan Qatar mengalami ribut dan diguyur hujan lebat sehingga mendatangkan banjir kilat luar biasa.

Lapangan Terbang Dubai turut dinaiki air, memaksa sekitar 290 penerbangan keluar dan masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dibatalkan minggu lepas.

Sebanyak 440 lagi penerbangan ditunda di lapangan terbang paling sibuk di dunia itu yang berfungsi sebagai hab utama untuk penerbangan transit ke pelbagai benua. Abu Dhabi menempuh hal yang sama.

Laluan jalan raya turut turut terputus disebabkan genangan air dan opsyen pilihan pengangkutan mencukupi.

Banjir menenggelam sebahagian lebuh raya utama dan mengganggu aliran trafik sehingga banyak kenderaan tersangkut.

Pusat Meteorologi Kebangsaan UAE mengumumkan hujan mencapai 254.8 mm dalam masa kurang 24 jam melampaui purata hujan biasa UAE yang menerima 140-200 mm setahun, dengan Dubai biasanya hanya menerima 97 mm hujan.

Pada kejadian hampir sama dengan berkongsi langit yang sama, ribut dan hujan ais turut menyerang al-Qassim, Riyadh dan al-Sharqiya di Arab Saudi.

Agensi Berita Oman melaporkan banjir yang melanda Oman meragut 18 jiwa.

Lagi sekali, berkongsi langit yang sama di Teluk Parsi, Bahrain turut menerima ribut dan angin kencang, berlaku banjir di Manama.

Malah dari langit berdekatan, 66 orang terkorban akibat hujan lebat dan banjir kilat di Afghanistan yang turut memusnahkan rumah, infrastruktur dan ladang di 23 wilayah.

Pihak berkuasa Pakistan melaporkan lebih 50 maut akibat hujan lebat, banjir kilat, ribut dan tanah runtuh di Khyber Pakhtunkhwa bersempadan Afghanistan.

SENGKETA ISRAEL-IRAN

Dan kini, sengketa antara langit ke langit natijah daripada tangan dan kerakusan manusia apabila Israel dan Iran saling mengirim peluru berpandu mematikan.

Mengotakan katanya mahu membela diri dengan membalas serangan Israel ke atas konsulat Iran di Damascus awal April lepas yang membunuh pegawai penting Iran.

Iran melancarkan sekitar 200 serangan dron dan roket ke atas Israel yang sebahagiannya berjaya ditampan sistem pertahanan udara Bersekutu.

Tidak diam dan menafikan larangan AS, Tel Aviv membalas, menyerang kota Isfahan, Iran, meledakkan kota Ghahjaworstan, letaknya pangkalan kelapan Angkatan Udara Iran.

Jika sekutu Iran seperti Hizbullah di Lubnan, Syria dan Iraq bangkit, termasuk menaikkan nafsu perang Rusia dan China, situasi tentu lebih panas.

Meski AS berikrar “tidak menyokong” serangan Iran berkenaan, namun siapa berani menjamin AS tidak naik hantu kalau Rusia dan China campur tangan di Teluk?

Yang pasti Iran kini mengaktifkan pertahanan udara di beberapa kota dengan memastikan fasiliti nuklearnya di Isfahan masih aman sepenuhnya.

Fenomena dan tragedi melibatkan langit terbuka, kebanyakannya terhasil akibat tangan manusia.

Fenomena gunung berapi mungkin saja pantas dianggap sebagai bencana alam, namun, perubahan cuaca dunia menghasilkan hujan lebat dan banjir luar biasa sudah diramal berdekad.

Bahawa kesan penipisan ozon dan mencairnya ais dan glasiar di kutub akan menjadikan bumi lebih panas serta menghasilkan hujan luar biasa dengan banjir kilat memusnahkan nyawa dan harta.

Dan menjawab sengketa Israel-Iran yang dapat dikaitkan dengan perang di Timur Tengah yang menyebabkan sekitar 1.7 juta warga Gaza kehilangan tempat tinggal, dengan kematian 33,000 jiwa majoriti kanak-kanak dan wanita — maka itu pasti kekejaman hasil tangan manusia.

Siapa dapat menyangkal dengan meletupkan ribuan tan bom dan roket, tidak m

empengaruhi perubahan cuaca setempat dan membangkitkan gempa?

Bagi kita, jika mahu membantu menghentikan amarah bumi dan menyeka tangisan langit, kita masih dapat melakukan langkah kecil sebagai individu.

Antaranya elak melakukan pembakaran kecil secara terbuka, meskipun hanya membakar sampah di laman atau hentikan tabiat mengguna bahan terbuat daripada plastik.

Jangan seperti AS, mulut berkata lain, tangannya tega memveto, halangi Palestin jadi anggota PBB, membuat langit Gaza dan langit terbuka Timur Tengah terus sengsara. 

BERITA LAIN

Affandi Tahir, rakam sejarah melalui pita

BELIAU bukan seorang penyanyi. Beliau juga bukan seorang pelakon. Tetapi namanya cukup popular suatu ketika dahulu. Bukan hanya kerana ketampanannya, tetapi kerana beliau penyiar radio

Telus, sahih dan tepat

SEBELUM ada komputer dan telefon bimbit canggih seperti hari ini, wartawan bergantung kepada komputer di pejabat untuk menulis berita. Dan biasanya wartawan hanya akan berada

Ketagih subsidi

ISU berkaitan subsidi kembali hangat diperkatakan. Adakah pemberian subsidi sesuatu yang harus terus diamalkan ketika beban hutang negara semakin membengkak? Bagaimanakah reaksi rakyat apabila subsidi

Tragedi dunia maya Si Kucing Gendut

FAT Cat, 21, atau nama sebenarnya Liu Jie, selebriti dunia gamer – permainan popular Honour of Kings – namanya tiba-tiba melonjak di dunia maya khususnya

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Sik nyaman jangan makan

DI Sarawak selain agama, budaya dan pakaian – makanan merupakan benda paling sensitif jika orang luar menghina. Bukan orang Sarawak tidak menerima kekurangan, tetapi menghina

BERITA TERBARU

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

Usahawan dibantu melalui pembiayaan perniagaan

BINTULU: Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar.