ARTIKEL

Langkah Dubai drama buang masa, tidak bawa manfaat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Dakwaan ‘Langkah Dubai’ untuk menjatuhkan kerajaan Madan tidak lebih daripada drama membuang masa yang tidak memberikan sebarang manfaat, melainkan kegagalan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Datuk Sri Tiong King Sing yang menepis dakwaan itu turut mempersoalkan motif mereka yang menyebarkan isu tersebut.

“Apa motif awak?’. Setakat yang saya ingat, individu terbabit dalam usaha menggulingkan kerajaan pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Sekiranya tindakan segelintir individu yang didakwa terdesak untuk menjatuhkan kerajaan demi kepentingan politik tanah benar-benar wujud.

“Maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka sengaja mahu ‘menutup mata’ kepada penguncupan ekonomi negara akibat pelbagai perubahan politik sejak beberapa tahun ini,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsi di Facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan daripada media selepas menghadiri majlis penyampaian Pakaian Tradisional Malaysia Fasa Kedua di bawah inisiatif Diplomasi Budaya di Putrajaya.

Tiong, yang juga Ahli Parlimen Bintulu menggesa semua pihak agar menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat dengan memberi tumpuan kepada usaha mempercepatkan pemulihan ekonomi negara sambil menekankan kestabilan politik sangat penting untuk pembangunan berterusan.

“Sekiranya politik negara tidak stabil, semua pihak akan terkesan terutama rakyat.

“Mengapa kita tidak boleh memberi peluang kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan keupayaan beliau dan menilai serta meneliti prestasi barisan Kabinet yang telah dipilih?

“Jika anda tidak berpuas hati, terjemahkannya dalam pilihan raya akan datang. Semua ahli politik perlu sedar mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk membina semula imej dan mengembalikan keyakinan pelabur asing terhadap negara,” tegasnya.

Tiong menggesa mereka yang terlibat supaya tidak meneruskan rancangan kerana telah berulang kali memperlekehkan kerajaan Madani dan menjejaskan kecekapan kepimpinan semasa.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,