ARTIKEL

Langkah kanan buat Kasmera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Permulaan baik buat pemain regu Kasmera ketika memulakan kempen Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 peringkat Zon Kuching.

Mencatat kemenangan tipis 2-1 (24-22, 10-21, 21–19) keatas Kaputeng pada aksi sulung Kumpulan A di Dewan Pelbagai Guna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Jalan Stadium, Petra Jaya pagi tadi.

Sekali gus, menghadiahkan tiga mata berharga buat skuad kendalian Abdul Rahman Ali itu.

“Tiga mata yang amat bermakna bagi kami, syabas kepada pemain kerana berjaya meraih kemenangan pertama,” ujar pengurus pasukan, Rosman Rosdi ketika mengulas mengenai persembahan pasukannya.

Menurut Rosman, beliau turut memuji semangat juang dipamer anak-anak buahnya sepanjang saingan.

Katanya, walaupun diberi tentangan sengit pemain pasukan lawan namun mereka berjaya mengatasi tekanan tersebut.

Apa pun tegas Rosman, diharap pemain akan dapat mengekalkan momentum terbaik mereka untuk dua baki perlawanan selepas ini.

Menentang Team Khai Tech B (24 Oktober) dan menentang Kacool Team A (6 November).

Kasmera musim ini yang turut diperkuatkan beberapa pemain berpengalaman seperti Radin Azhar Ahmad (tekong), Kamarul Ariffin (tekong), Adib Dasuqi Abdullah (apit kanan), Mohammad Fairuz Mohd. Husaini (apit kanan) dan Mohd. Safrino Mohd. Fairuz (apit kiri).

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha