ARTIKEL

Langkah kurangkan kebergantungan bawang import

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berharap tanaman bawang kecil mampu memenuhi keperluan tempatan sebanyak 30 peratus menjelang 2030.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, buat masa Malaysia bergantung 100 peratus bawang kecil dan bawang putih import dari India, Belanda, China, Pakistan dan Thailand.

“Justeru, kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan ladang bawang merah, memandangkan Insititut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) masih belum menemui jenis bawang besar yang sesuai untuk ditanam di dalam negara.

“Strategi kerajaan adalah untuk mengurangkan import bawang menerusi program pembangunan tanaman bawang yang melibatkan dua fasa.

“Fasa pertama adalah prakomersial dan kedua adalah pasaran komersial,” katanya menerusi Facebook rasminya semalam berkenaan isu yang ditanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Mohamad Sabu, pada Fasa Prakomersial, ia bertujuan untuk melihat potensi penanaman bawang kecil di Malaysia dengan melibatkan tempoh pelaksanaan selama dua tahun bermula 2024 sehingga 2025.

“Sebanyak 70 tan metrik benih bawang kecil dan 230 kilogram (kg) biji benih bawang kecil dibekalkan oleh pihak MARDI dalam fasa ini.

Baca lain  Lawas, Limbang tidak lagi terpencil

“Manakala, bagi program penanaman, seluas 100 hektar kawasan penanaman bawang dibangunkan iaitu 50 hektar pada 2024 dan 50 hektar pada 2025 dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 5 tan metrik per hektar,” ujarnya.

Tambah beliau, kaedah penanaman bawang itu dapat dilaksanakan sebanyak dua kali setahun, dengan jangkaan pengeluaran bawang bagi fasa ini adalah sebanyak 1,000 tan metrik.

Sementara bagi Fasa Komersial, Mohamad Sabu berkata tempoh pelaksanaan bagi fasa itu adalah selama lima tahun bermula pada 2026 sehingga 2030.

Jelasnya, dalam tempoh ini, seluas 1,347 hektar kawasan penanaman bawang dibangunkan dengan jangkaan hasil pengeluaran sebanyak 14,470 tan metrik. “Ini bakal memenuhi keperluan tempatan sebanyak 30 peratus pada 2030.

“Pada masa ini, penanaman bawang kecil dimulakan di kawasan Pertubuhan Peladang di Negeri Perlis dan Selangor dan di Ladang Bikam, Perak.

“Penuaian pertama adalah dijangka pada April 2024,” jelasnya.

BERITA LAIN

Syarikat M’sia yakin penuh dengan pasaran China

HAIKOU: China mempunyai jumlah penduduk antara tertinggi di dunia dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar, kata Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh