ARTIKEL

Langkah lebih adil, tepati keperluan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan yang layak.

Biarpun langkah kerajaan itu dilihat tidak popular namun secara umumnya, masyarakat memuji usaha itu kerana pemberian subsidi secara bersasar dan telus dapat mengurangkan masalah ketirisan dan pengeksploitasian bantuan yang merugikan negara.

Rakyat turut menyokong keberanian kerajaan dalam membuat perubahan itu, selain mahukan pelaksanaan subsidi bersasar berkenaan dilakukan dengan sistematik, supaya golongan yang layak dapat menikmati kemudahan itu secara menyeluruh.

Jemaah Menteri bersetuju untuk melaksanakan penyasaran subsidi ke atas diesel yang melibatkan pengguna di Semenanjung.

Penyasaran bersubsidi diesel itu, bagaimanapun tidak melibatkan pengguna di Sabah dan Sarawak memandangkan bahan api itu digunakan untuk kenderaan hampir setiap keluarga di kedua-dua negeri berkenaan.

Kerajaan bersetuju menyediakan bantuan tunai kepada pemilik individu kenderaan diesel yang layak (termasuk) petani kecil, pesawah dan peniaga kecil.

Di Negeri Sembilan, penjawat awam Fadzylah Ismail, 39, berkata penyasaran subsidi diesel menunjukan kerajaan mula mengamalkan cara pengurusan yang lebih bersistematik dan adil seterusnya memastikan manfaat dapat dinikmati rakyat.

Katanya, penyasaran subsidi itu memberikan penjimatan kepada kerajaan dan hasilnya boleh digunakan untuk menyediakan lebih banyak kemudahan, pembangunan infrastruktur serta manfaat lain untuk rakyat terutama dalam situasi ekonomi global tidak menentu.

“Langkah ini amat bermanfaat kepada golongan kurang mampu, jika subsidi bersasar ini berjaya dilaksanakan, saya yakin penjimatan tersebut sudah tentu dapat membantu rakyat dalam isu lain seperti menambah nilai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan menampung kembali subsidi ayam,” katanya kepada Bernama.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Perutusan Negara yang disiarkan secara langsung di semua saluran media tempatan dua hari lepas, memaklumkan kerajaan akan melaksanakan subsidi diesel bersasar di Semenanjung yang melibatkan pengguna komersial B40 dan M40.

Anwar menegaskan subsidi bersasar itu tidak akan dinikmati golongan T20 serta 3.8 juta warga asing, sekali gus memberi penjimatan secara kasar sekitar RM4 bilion setahun kepada kerajaan seterusnya digunakan bagi menambah peruntukan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Di Pahang, pekerja swasta Fadil Nor Mazlan, 35, berkata langkah kerajaan itu amat tepat dalam memastikan matlamat sebenar pemberian subsidi tercapai, malah usaha itu perlu dilaksanakan segera.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual