ARTIKEL

Langkah penyasaran subsidi diesel sepatutnya tidak pengaruhi harga rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyasaran subsidi diesel tidak seharusnya memberi impak ke atas harga rumah, demikian Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, sebelum kerajaan memperkenalkan penyasaran susbsidi bahan api itu, sektor berkenaan sememangnya tidak menerima sebarang subsidi diesel.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa memantau supaya tiada pihak mengambil kesempatan meraih keuntungan susulan harga baharu bahan api itu.

“Semua pihak sedar sektor komersial ini (pembinaan) tidak menikmati subsidi disesel… dulu tiada dan sekarang pun tiada… maka saya rasa tidak ada impak langsung kepada harga rumah. Tetapi  KPKT akan sentiasa memantau dan memastikaan tiada aktiviti mengaut keuntungan yang tidak perlu dalam perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab lisan bagi soalan tambahan Manndzri Nasib (BN-Tenggara) sama ada kementerian itu bersedia berdepan keadaan kenaikan harga diesel dijadikan alasan kelewatan menyiapkan projek rumah. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU