BINTANGOR: Sebanyak 13 kompaun telah dikeluarkan kepada individu di daerah ini yang ingkar arahan Di bawah Ordinan Pelindungan Kesihatan Awam (Langkah-Langkah Mengendalikan Kegiatan dan Pergerakan Individu di Kawasan yang Dijangkiti) sepanjang minggu lalu.
Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi berkata, setiap kompaun yang dikeluarkan oleh pasukan petugas khas itu berjumlah RM1,500.
Katanya, antara kesalahan yang paling banyak dikesan seperti tidak memakai pelitup muka di tempat awam, tidak menyediakan kod MySejahtera dan tidak mengemas kini buku daftar pelanggan bagi pemilik peremis perniagaan.
“Langkah tegas ini merupakan sebahagian usaha kita untuk memastikan orang ramai mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya semalam.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 12 Mei 2021