ARTIKEL

Langkah tidak popular demi keselamatan rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan kerajaan tidak mengeluarkan lesen sabung ayam sebagai langkah tambahan menangani Covid-19 semasa Hari Gawai terpaksa dilaksanakan walaupun tidak popular.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, “Langkah seperti ini mungkin tidak popular tetapi hendaklah dilaksanakan supaya rakyat kita lebih selamat.”

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak mengeluarkan lesen sabung ayam sempena Hari Gawai untuk mengelakkan jangkitan terus menular pada musim perayaan ini.

Abang Johari turut mengingatkan kaum Dayak agar berhati-hati dan tidak lupa mematuhi SOP walaupun dalam kalangan ahli keluarga terdekat ketika menyambut Hari Gawai.

“Ingat! Semua kita berkemungkinan adalah pembawa virus. Oleh itu, sentiasa jaga diri dan jaga orang lain di sekeliling kita,” katanya dalam perutusan Hari Gawai 2021.

Sementara itu jelas Abang Johari lagi, kerajaan GPS akan melakukan yang terdaya bagi menangani pandemik Covid-19 di Sarawak. Menurutnya, setakat Mei lalu, sejumlah RM242 juta dibelanjakan oleh Kerajaan Sarawak untuk mengurus Covid-19.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Jun 2021

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU