Trending

Lanjutkan diskaun elektrik sehingga Disember

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan Sarawak digesa agar mempertimbangkan untuk melanjutkan diskaun semasa bil elektrik sehingga Disember 2023.

ADUN Telang Usan Dennis Ngau berkata, ia sebagai usaha membantu rakyat berdepan Fenomena El Nino yang menjejaskan kehidupan disebabkan cuaca panas.

“Ini kerana, disebabkan fenomena tersebut menyebabkan majoriti keluarga perlu menghidupkan penghawa dingin di rumah mereka yang memerlukan penggunaan kuasa elektrik.

“Malah fenomena ini dijangka berterusan sehingga akhir tahun ini dan sudah tentu ia memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang agak tinggi,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Sementara itu, Dennis juga menggesa kerajaan untuk menyediakan dana khas pembaikan jalan bekas pembalakan di luar bandar secepat mungkin.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru