ARTIKEL

Sebastian melakukan demonstrasi membuat belacan.

Lanjutkan tempoh Pesta Bubuk Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Tempoh penganjuran Pesta Bubuk Miri bagi tahun hadapan dan seterusnya perlu dilanjutkan sekurang-kurang sehingga tiga hari.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, berkata lanjutan tempoh berkenaan adalah bertujuan bagi menampung kesemua aktiviti serta aturcara sepanjang pesta tersebut.

“Saya percaya bahawa dengan melanjutkan tempoh penganjuran pesta ini, ia akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman yang menyeronokkan serta berpeluang merasai dan mendapatkan produk atau barangan yang ditawarkan.

“Selain itu, ia juga boleh menarik lebih ramai pelancong terutamanya warga Brunei dan juga pengunjung tempatan, dan sekali gus membantu meningkatkan ekonomi tempatan serta memperkembangkan sektor keusahawanan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pesta Bubuk Miri 2024 di Tamu Batu 1 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyokong cadangan Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, untuk menaik taraf pasar ikan Kuala Batu 1 bagi mewujudkan bahagian menjual ikan dan juga kedai makan.

“Apabila kita pergi ke negara lain, banyak tempat yang telah diperluaskan ke kawasan tarikan pelancong bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong, namun ia juga pasti akan menjadi lokasi wajib untuk dikunjungi oleh masyarakat di bandar ray aini.

“Saya yakin apabila selesai projek naik taraf itu nanti, tempat ini akan menjadi tumpuan ramai termasuk kepada penduduk tempat,” katanya.

Pesta bubuk atau udang geragau mula dianjurkan pada 2018 oleh Majlis Bandaraya Miri (MBM) yang menampilkan jualan produk berasaskan bubuk seperti belacan, cencaluk, keropok, dan cucur bubuk, serta pelbagai aktiviti berkaitan termasuk demonstrasi menangkap bubuk, pertandingan memasak masakan berasaskan bubuk, dan juga persembahan kebudayaan.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36