Trending

Lantai rumah retak, tanah mendap di Kampung Rayu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Hujan berterusan menyebabkan runtuhan serta mendapan tanah anggaran tiga meter pada bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Rayu.

KUCHING: Hujan berterusan sejak malam tadi mengakibatkan berlakunya pemendapan tanah dan menyebabkan lantai retak pada sebuah rumah di Kampung Rayu, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada operasi pemindahan mangsa dijalankan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.26 pagi.

Lantai pada bahagian rumah retak akibat runtuhan dan mendapan tanah.

“Sampai ke lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati berlakunya runtuhan serta mendapan tanah anggaran tiga meter pada bahagian belakang sebuah rumah.

“Akibat dari kejadian itu, berlaku sedikit retakan pada bahagian luar rumah pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setelah membuat pemantauan, beliau menasihatkan agar penghuni sentiasa berwaspada.

Tambahnya, pihak bomba turut memaklumkan kepada Pejabat Daerah Lundu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lundu dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Lundu berkaitan dengan kejadian tersebut.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 Disember 2023

Berita Terbaru