ARTIKEL

Lantik penghulu di kawasan padat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: ADUN Tamin Christopher Gira Sambang menggesa jawatan penghulu dilantik di tiga kawasan berpendudukan padat Iban di sini.

Menurutnya, tiga kawasan itu ialah Pasai Siong, Sentosa, dan Sibu Jaya memandangkan penduduk di kawasan ini semakin meningkat.

“Seorang pemimpin masyarakat bertindak sebagai jambatan antara kerajaan dan penduduk akar umbi.

Mereka memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dalam pelbagai perkara, termasuk pengagihan bantuan kecemasan dan bencana.

“Saya telah berbincang perkara ini dengan Residen Sibu dan Pejabat Daerah Sibu juga telah mencadangkan pelantikan penghulu di tiga kawasan tersebut kepada Kerajaan Sarawak,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Ngiling Tikai yang diadakan di Rumah Lawrence Radin, Pasai Bon di Jalan Kemuyang di sini, Ahad..

Mengulas lanjut, Gira berkata, semasa pandemik COVID-19, penduduk Iban di tiga kawasan ini dikecualikan daripada menerima bakul bantuan makanan.

“Pengecualian ini berikutan ketiadaan penghulu Iban di kawasan yang boleh membantu menyelaras senarai penduduk yang layak menerima bakul bantuan makanan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis itu, Gira menyampaikan geran bernilai lebih RM200,000 kepada tujuh persatuan dan kelab. Beliau turut meluluskan dana sebanyak RM20,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita di Rumah Lawrence Radin.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami.

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu