PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Lantikan kabinet, prerogatif Ketua Menteri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Keputusan memilih barisan kabinet negeri merupakan hak prerogratif Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kata Adun Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim berkata, beliau tidak kisah sekiranya tidak ditempatkan di mana-mana kementerian selepas ini.

“Hanya menjadi Adun biasa juga tidak mengapa.

“Kita perlu berikan kepada Ketua Menteri untuk membuat keputusan dan tidak sepatutnya ada sebarang usaha melobi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas program Malam Apresiasi MySS 2021 di Hotel Pullman di sini, semalam.

Untuk rekod, Abdul Karim sebelum ini merupakan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan juga Menteri Belia dan Sukan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan