ARTIKEL

Laos dipelawa manfaat kepakaran halal M’sia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VIENTIANE: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Laos memanfaatkan kepakaran halal Malaysia untuk membolehkan negara itu memasuki pasaran pengguna Islam yang lebih besar.

Bercakap pada sidang media bersama dengan Perdana Menteri Laos Dr Sonexay Siphandone semalam, Anwar berkata, dengan menceburi industri halal terutama makanan halal, Laos boleh mengembangkan eksportnya.

“Kita mempunyai kelebihan kecil dalam industri makanan halal yang saya fikir Laos perlu memanfaatkannya supaya dapat mengembangkan eksport ke negara Islam dan Timur Tengah,” kata beliau semasa sidang media bersama di Pejabat Perdana Menteri Laos di sini.

Anwar tiba di Vientiane pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari ke Laos bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi dengan negara anggota ASEAN.

Lawatan sulung Anwar ke negara anggota ASEAN itu, selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November tahun lepas adalah atas undangan Siphandone.

Anwar juga berharap dapat memperluaskan kerjasama antara universiti Malaysia dan Laos dari segi latihan dan pertukaran kepakaran.

Semasa sidang media itu, Anwar turut menegaskan keperluan ASEAN memperkukuhkan lima perkara dalam konsensusnya, untuk menangani keadaan yang lebih tidak menentu dan cuba mencari penyelesaian secara damai kepada konflik yang telah lama wujud di Myanmar, yang turut menjejaskan kesejahteraan ekonomi dan keselamatan kedua-dua negara.

“Saya percaya kebijaksanaan perdana menteri (Laos) untuk memastikan kita kekal sebagai kuasa ASEAN yang sangat kuat dan bersatu,” kata beliau sambil menambah Malaysia akan memberi sokongan penuh kepada Laos yang akan memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan.

Sementara itu, Siphandone berkata, beliau gembira dengan lawatan Anwar ke Laos dan pertemuan dua hala antara mereka yang berlangsung kira-kira sejam diadakan dalam semangat persaudaraan.

Beliau berkata, kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerjasama erat bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang demi kepentingan rakyat.

“Lawatan ini akan terus meningkatkan persefahaman dan mengeratkan persahabatan yang telah lama terjalin antara Laos dan Malaysia.

“Saya tetap komited untuk bekerjasama dengan Anwar melalui kerjasama dua hala dan pelbagai hala, serta di ASEAN, dengan matlamat untuk memajukan lagi manfaat untuk rakyat,” katanya melalui penterjemah.

Perbincangannya dengan Anwar turut menyentuh isu lain di rantau ini terutamanya kesannya terhadap pembangunan sosioekonomi di negara anggota ASEAN. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP