ARTIKEL

Laos siap sedia jadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

VIENTIANE: Pihak berkuasa pelancongan Laos sedang bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2024 yang akan berlangsung di Vientiane dari 22 hingga 27 Jan, bertemakan “Pelancongan Berkualiti dan Bertanggungjawab — Mengekalkan Masa Depan ASEAN”.

Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan, Suanesavanh Vignaket, telah mengadakan perbincangan mengenai persiapan untuk forum itu pada Jumaat lalu, lapor Xinhua, memetik laporan Agensi Berita Lao pada Ahad.

Suanesavanh berkata forum itu akan merangkumi pameran pelancongan dan berfungsi untuk menggalakkan pelancongan dan peningkatan perkhidmatan dalam perniagaan yang berkaitan.

Laos sebelum ini menjadi tuan rumah Forum Pelancongan ASEAN pada 2004 dan 2013.

Kerajaan Laos mempromosikan potensi negara itu sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi.

Dalam tiga bulan pertama 2023, lebih 831,000 pelancong asing datang ke Laos, berbanding hanya 211,898 pelawat luar negara dalam tempoh enam bulan pertama 2022 semasa pandemik COVID-19. – BERNAMA

BERITA LAIN

Thailand serah surat rasmi sertai BRICS

BANGKOK: Thailand secara rasmi telah menghantar surat hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan, yang dikenali dengan

BERITA TERBARU