ARTIKEL

Kredit: Sekretariat ASEAN

Laos tuan rumah Festival Muzik ASEAN-Korea Selatan ke-4

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA, Indonesia: Festival Muzik ASEAN-Korea Selatan 2024 (2024 ROUND) anjuran penyiar KBS dengan kerjasama kerajaan Korea Selatan melalui Dana Kerjasama ASEAN-Korea Selatan akan berlangsung di Laos pada November tahun ini.

Edisi keempat sejak penubuhannya pada 2020, festival bertemakan ‘‘Step Out, Sing As One’ itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan budaya dan mempromosi dialog antara negara anggota ASEAN dan Korea Selatan melalui muzik, menurut Sekretariat ASEAN.

Menurut sekretariat itu dalam satu kenyataannya, Laos akan menganjurkan 2024 ROUND pada November sebagai sebahagian daripada programnya selaku Pengerusi ASEAN.

Di sebalik cabaran yang dibawa oleh COVID-19, festival itu berjaya dilaksanakan pada tahun 2023 dengan konsert luar talian pertamanya di Jakarta yang berjaya menarik lebih 2,000 penonton dan berjaya menjual tiket pra-jualan.

Sebelum 2024 ROUND, Forum Muzik ASEAN-Korea akan diadakan pada 5 dan 6 Mac di Seoul yang akan mengumpul profesional industri muzik dari Korea Selatan dan negara anggota ASEAN untuk membincangkan visi dan potensi muzik kedua-dua wilayah dalam pasaran global.

Perbincangan juga akan meliputi penyelesaian AI KBS, iaitu ‘VVERTIGO’ yang mempamerkan teknologi penyiaran Korea Selatan melalui program muzik.

Baca lain  Projek: High Council bongkar sisi gelap sekolah asrama

Tahun ini sangat bermakna bagi ASEAN dan Korea Selatan yang menyambut ulang tahun ke-35 perkongsian mereka yang bermula pada 1989. – BERNAMA

BERITA LAIN

Uyaina kesal isu duit raya

PENGACARA, pelakon dan penyanyi Uyaina Arshad, 31, mengakui kesal dengan sesetengah pihak yang tidak bersyukur menerima duit raya sedikit. “Apabila duit raya diberikan oleh tuan

Key Jelajah Asia solo pertama

ANGGOTA mumpulan terkenal SHINEE, Kim Ki- Bum atau dikenali sebagai Key, 32, bersiap sedia untuk jelajah solo Asia pertamanya “2024 KEYLAND ON: AND ON ASIA

Priyanka Chopra lebam di wajah

PELAKON, Priyanka Chopra Jonas berkongsi gambar di belakang tabir set penggambaran menunjukkan dia menjalani penggambaran sebuah fi lem komedi aksi Heads of State. Priyanka mengalami

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,