ARTIKEL

Laos tuan rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JAKARTA: Festival Muzik ASEAN-Korea Selatan 2024 (2024 ROUND) anjuran penyiar KBS dengan kerjasama kerajaan Korea Selatan melalui Dana Kerjasama ASEAN-Korea Selatan akan berlangsung di Laos pada November ini.

Edisi keempat sejak penubuhannya pada 2020, festival itu – bertemakan ‘Step Out, Sing As One’ – bertujuan untuk mengukuhkan hubungan budaya dan mempromosi dialog antara negara anggota ASEAN dan Korea Selatan melalui muzik, menurut Sekretariat ASEAN.

“Laos akan menganjurkan 2024 ROUND pada November sebagai sebahagian daripada progamnya selaku Pengerusi ASEAN,” menurut sekretariat itu dalam satu kenyataan.

Disebalik cabaran yang dibawa oleh COVID-19, festival itu berjaya dilaksanakan pada tahun 2023 dengan konsert luar talian pertamanya di Jakarta yang berjaya menarik lebih 2,000 penonton dan berjaya menjual tiket pra-jualan.

Sebelum 2024 ROUND, Forum Muzik ASEAN-Korea akan berlangsung pada 5 dan 6 Mac di Seoul yang akan mengumpul profesional industri muzik dari Korea Selatan dan negara anggota ASEAN untuk membincangkan visi dan potensi muzik kedua-dua wilayah dalam pasaran global.

Perbincangan juga akan meliputi penyelesaian AI KBS, ‘VVERTIGO’ yang mempamerkan teknologi penyiaran Korea Selatan melalui program muzik.

Tahun ini sangat bermakna bagi ASEAN dan Korea Selatan yang menyambut ulang tahun ke35 perkongsian mereka yang bermula pada 1989.

BERITA LAIN

Kuda lumba ‘tunggu’ kereta api di Australia

PORTAL berita sky.news di Australia semalam melaporkan tentang satu rakaman video tular yang menunjukkan seekor kuda seakan-akan sedang menunggu kereta api seperti mereka. Kuda lumba

AS tetap bantah rancangan Israel serang Rafah

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin menyatakan pihaknya tetap menentang serangan Israel ke atas Rafah di selatan Gaza walaupun Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sudah

BERITA TERBARU

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang