Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lapan artis terkemuka sedia gegar konsert Cap Goh Meh MBKS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MERIAH... Datuk Wee Hong Seng (tengah) bersama pihak penganjurkan mempamerkan poster artis-artis terlibat pada konsert tersebut
MERIAH… Datuk Wee Hong Seng (tengah) bersama pihak penganjurkan mempamerkan poster artis-artis terlibat pada konsert tersebut

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) buat julung kalinya bakal menganjurkan konsert MBKS Cap Goh Meh yang akan berlangsung pada Sabtu depan (4 Februari).

Konsert sempena ambang 15 hari sambutan selepas Tahun Baru Cina menampilkan lapan artis jemputan terdiri daripada Angeline, Vic, Faye, Rom, Drew2, Joseph N, manakala  dua individu lagi penyampai MY DJ radio iaitu Cris dan Addy.

Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, konsert dijangka berlangsung kira-kira lima jam (7.30 malam sehingga 10.30 malam) dan bertempat di pekarangan Le’ Park MBKS.

“Setakat ini kita telah memilih lokasi itu kerana ia dilihat sesuai di samping mampu memenuhi jangkaan lebih 3,000 pengunjung yang akan datang memeriahkan konsert.

“Orang ramai amat dialu-alukan hadir dan kita tidak menyediakan tempat duduk agar lokasi buat pengunjung lebih selesa dan luas,” katanya dalam sidang media berkaitan program di Tingkat 4 MBKS, hari ini.

Dari segi persiapan katanya, semuanya kini tampak lancar dan kesemua artis jemputan dijangka akan berpangkalan di Kuching bermula 2 dan 3 Februari ini.

Katanya, kesemua artis telah mengesahkan kehadiran masing-masing dan pihaknya kini sedang meneliti lebih lanjut beberapa perkara perlu demi memastikan acara kali pertama itu berjalan lancar.

Pada perkembangan sama, Wee memberitahu pihak Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) juga turut terlibat dengan menganjurkan rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina pada tarikh sama namun majlis itu dilaksanakan pada siang.

“Majlis itu akan diadakan di pekarangan MBKS, ini menunjukkan bahawa MBKS adalah terbuka untuk mana-mana aktiviti perayaan khususnya sambutan perayaan di Sarawak.

“Tempat ini adalah lokasi awam, semua dibenarkan untuk berada di sini menggunakan kemudahan yang sedia ada,” katanya.

Turut hadir majlis, pengerusi penganjur konsert Kho Teck Wan.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News