Trending

Lapan atlet Sarawak sertai Kejohanan Judo Terbuka Asia 2023

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Sarawak mempertaruhkan lapan orang atlet terbaik pada Kejohanan Judo Terbuka Asia 2023 yang akan berlangsung di Taiwan bermula 1 hingga 2 Julai depan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Awang Putrayusrie Awang Redzuan menegaskan, himpunan atlet yang terlibat dalam kejohanan dua hari itu turut melibatkan beberapa atlet yang bakal bertanding di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Tiga atlet wanita bersama kontinjen terbabit akan berentap di Sukma 2024.

“Ia merupakan pendedahan awal bagi mereka serta peluang untuk meningkatkan prestasi diri bagi menghadapi temasya dwitahunan negara kelak,” ujar Awang Putrayusrie kepad Arena Suara Sarawak.

Katanya, kejohanan terbabit akan turut menyaksikan penampilan atlet judo handalan lain mengambil kira pembabitkan 16 buah negara lain.

Antaranya, Australia, Taiwan, Indonesia, Malaysia, Perancis, Hong Kong, India, Kazakhstan, Macau, Nepal, Filipina, Korea Selatan, Romania, Samoa, Sri Lanka dan Amerika Syarikat.

Semalam berlangsung majlis penyerahan bendera Sarawak di Stadium Negeri, Petra Jaya kepada kontinjen berkenaan yang telah disempurnakan Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu yang turut dihadiri Presiden Persatuan Judo Negeri Sarawak, Datuk Sri Lau Kueng Chai.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru