HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lapan atlet tenis wakili Sarawak ke SUKMA KL 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP…Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew 

KUCHING: Sarawak mempersiapkan lapan atlet terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita bagi mewakili sukan tenis dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 Kuala Lumpur.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Datuk Patrick Liew berkata, enam atlet ini akan mula menjalani latihan berpusat di Kuching bermula minggu pertama Ogos ini.

Manakala dua lagi atlet yang kini berpangkalan di United State (US) akan berada di Kuala Lumpur seminggu sebelum kejohanan.

“Untuk kejohanan kali ini, sasaran utama kita adalah mampu meraih dua pingat perak dan satu gangsa.

“Saingan juga sengit berikutan terdapat atlet-atlet dari Selangor dan Kuala Lumpur yang merupakan atlet kebangsaan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Dedah Patrick, pemain harapan, Muhammad Aiman Hamdan antara pemain yang disandarkan mampu meraih pingat dalam dua acara yang akan disertainya iaitu kategori beregu dan beregu campuran.

Menurutnya, persediaan pemain-pemain untuk dikumpul bersama agak terhad berikutan rata-rata wakil sedang menjalani latihan di luar Sarawak.

Selain itu katanya, ada juga di antara mereka (atlet) masih sedang dalam proses menyambung pengajian ke peringkat universiti dan sebagainya.

Sukan tenis Sukma 2022 bakal menyaksikan sebanyak lima kategori yang akan dipertandingkan merangkumi perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan satu beregu campuran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru