Trending

Lapan badang muda Sarawak bakal berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
SEDIA GEGAR... Barisan atlet muda angkat berat Sarawak.

KUCHING: Lapan atlet angkat berat Sarawak akan turun beraksi pada Kejohanan Bakat Kebangsaan, Sukan Angkat Berat 2023 yang berlangsung di Pusat Beli Belah Melaka bermula dari 21 hingga 24 September ini.

Himpunan atlet terbabit dari Pusat Pembangunan Zon Tengah yang berusia bawah 13 hingga 16 tahun.

Ketua jurulatih Jelinie Empera memberitahu, barisan atlet terbabit ialah Daren Busang (73kg), Fidilis Bantin (67kg), Paul Ju (73kg), Caprian Evan (73kg keatas), Samuel Fernandez (61kg), Mary Liong (50kg), Regina lyne (55kg) dan Rozana Anak Andrew Panggai (49kg).

“Tiada sasaran diletakkan kepada atlet terbabit. Penampilan mereka lebih kepada proses pendedahan kepada kejohanan kompetitif.

“Apa pun, andai kata ada kalangan atlet terbabit yang berjaya beroleh pingat, ia bonus bagi kita,” ujar Jelinie kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Jelinie, beliau percaya anak didiknya akan cuba mempamer aksi terbaik dalam kategori masing-masing.

“Inilah peluang untuk mereka membuktikan keupayaan sebenar,” tambah Jelinie lagi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 December 2023

Berita Terbaru

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah