ARTIKEL

Pegawai KPDN sedang memeriksa harga barangan di salah sebuah premis di Sibu.

Lapan barangan disenarai bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Gawai 2024 bagi tempoh 29 Mei-4 Jun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Lapan barangan telah disenaraikan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Gawai 2024 berkuatkuasa 29 Mei hingga 4 Jun depan.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sibu, Kelyn Bolhassan @ Haliward, berkata tempoh pelaksanaan adalah selama tujuh hari, iaitu tiga hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan tiga hari selepas perayaan.

“Antara barangan diwartakan adalah ayam tua hidup, kepak ayam, bawang putih China, kubis bulat import (Indonesia dan China), cili kering keriting, babi hidup, daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak),” menurutnya dalam satu kenyataan media.

Tambah Kelyn lagi, bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

Peniaga, katanya, hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna mesti tahu tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

Di samping itu, Kelyn mengingatkan pengeluar, pemborong dan peruncit supaya tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan skim ini nanti.

“Skim itu akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing.

“Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang pelaksanaan skim tersebut, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, e-aduan.kpdnhep.gov.m.

“Pengguna juga boleh berkunjung ke pejabat KPDN Cawangan Sibu di Tingkat Satu, Wisma Persekutuan atau menghubungi talian pejabat KPDN Cawangan Sibu di talian 084-335622 atau WhatsApp ke 019-2794317,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU