HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Lapan berek PGA Polis hampir musnah dalam kebakaran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

LIMBANG: Sebanyak lapan unit berek milik Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Muhibah hangus hampir musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 5.25 pagi.

Menurutnya hasil maklumat awal mengesahkan tujuh daripada berek tersebut mempunyai penghuni manakala sebuah lagi kosong.

“Kebakaran melibatkan keluasan 120 kaki x 20 kaki premis berek bujang jenis tidak kekal. Bangunan itu hampir musnah.

“Kesemua penghuni dilaporkan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar kenyataan itu kebakaran berjaya dikawal menjelang 6.35 pagi.

Terdahulu operasi pemadaman dan menyelamat dianggotai oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (Limbang) yang diketuai Ketua Operasi Kanan PPgB Clarence D.Primus Tiandun.

BESAR…Api sedang marak dan menjulang tinggi memusnahkan berek PGA

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru