ARTIKEL

SUKMA…Laluan permulaan dan penamat Larian Baton Sukma dan Para Sukma XXI 2024.

Lapan jalan utama di Kuching ditutup secara berperingkat Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lapan jalan utama di banda raya Kuching ditutup secara berperingkat bagi melancarkan pergerakan lalu lintas sempena Larian Baton Sukma dan Para Sukma XXI 2024, Ahad ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, penutupan jalan tersebut bermula 5.30 pagi hingga 8.15 pagi.

“Antara jalan terlibat ialah Jalan Main Baazar menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg; Jalan Haji Taha menghala ke Jalan Gambir; Jalan Mcdougall menghala ke Jalan Tun Abang Haji Openg serta lampu isyarat RTM menghala ke Jalan Barrack.

“Jalan Padungan dari arah bulatan Sri Aman menghala ke Tunku Abdul Rahman; Jalan Temple menghala ke Jalan Main Bazaar; sepanjang Jalan Gambir dan Jalan Bukit Mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ashmon berkata, program itu bakal dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan dijangka sekitar 3,000 peserta menyertai larian tersebut.

Bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas, orang awam dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif.

Kenderaan melalui Jalan Tabuan dari arah Jalan Simpang Tiga dinasihatkan bergerak ke Jalan Central Timur atau melalui Jalan Ban Hock.

“Bagi kenderaan dari arah Jalan Haji Taha dinasihatkan membuat pusingan “U” di bulatan Masjid Bahagian untuk mengelak kesesakan di lokasi penutupan jalan
Gambir.

“Kenderaan yang datang dari arah Jalan Pending dinasihatkan membuat pusingan “U” Bulatan Sri Aman bagi mengelakkan kesesakan di Jalan Padungan,” ujarnya.

Tambah Ashmon, pihaknya juga mengingatkan supaya orang ramai tidak meletakkan kenderaan di sepanjang laluan larian dan merancang perjalanan masing-masing.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuching di talian 082-259900.

BERITA LAIN

Service Sarawak permudah urusan rakyat

BETONG: Sarawak mengwujudkan Service Sarawak untuk memudahkan masyarakat setempat menerima pelbagai perkhidmatan kerajaan. Pelaksanaan Service Sarawak berlandaskan konsep “One Government at Your Service” di mana

Hentikan sikap buang sampah dalam sungai

KUCHING: Masyarakat setempat di sekitar Sungai Sut digesa memantau dan menghentikan aktiviti pembuangan sampah yang mampu mencemarkan sungai dan alam sekitar. ADUN Pelagus Wilson Nyabong

Douglas Uggah terima dua kunjungan hormat

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas menerima dua kunjungan hormat di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam. Kunjungan yang pertama adalah daripada Konsulat

BERITA TERBARU

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.