ARTIKEL

Lapan kontak yang disyaki kes novel coronavirus disahkan sihat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lapan kontak yang disyaki berkait rapat dengan kes novel coronavirus (2019-nCoV) di Johor Khamis lalu, disahkan sihat dan tiada menunjukkan sebarang tanda menghidapi wabak tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah bertindak segera mengesan kesemua kontak tersebut untuk diperiksa status kesihatan mereka setelah mendapat panggilan dari Kementerian Kesihatan Singapura berkaitan hal itu.

“Hasil saringan telah menunjukkan mereka sihat dan tiada mengalami tanda-tanda jangkitan wabak (2019-nCoV) sehingga hari ini.

“Kita juga telah mengambil sampel klinikal mereka untuk ujian pengesanan virus tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesemua kontak tersebut adalah terdiri daripada empat orang dewasa dan empat kanak-kanak dari negara China.

Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau kesihatan harian mereka sehingga 14 hari atau sehingga mereka pulang ke negara asal atau yang mana terdahulu.

Sehingga 24 Januari (hari ini) tiada kes yang disahkan novel coronavirus (2019-nCoV) dilaporkan kepada JKN Johor mahupun kepada KKM.

Pihak KKM amat berterima kasih atas kerjasama rapat dan perkongsian maklumat kesihatan berkaitan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Singapura.

Kolobrasi dua hala ini akan terus diperkukuhkan oleh kedua belah pihak untuk perkongsian maklumat yang cepat.

Sementara itu, perkembangan wabak 2019-nCoV di China akan terus dipantau dari semasa ke semasa melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan sumber-sumber rasmi yang lain.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil