PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Lapan lagi individu bergaduh di Lebuh Wayang ditangkap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Polis menangkap lapan lagi individu disyaki terlibat dalam pergaduhan di Lebuh Wayang, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Superintendan Merbin Lisa berkata, tangkapan dibuat berdasarkan maklumat yang diterima.

“Kesemua suspek ditangkap di sekitar Kuching. Secara keseluruhan, 14 individu yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di Lebuh Wayang telah ditangkap,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, seramai enam orang suspek berumur lingkungan 25 hingga 57 tahun telah ditangkap untuk membantu siasatan.

Merbin dalam kenyataannya pada semalam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan sekumpulan lelaki tempatan kira-kira jam 7.49 malam.

Katanya, kejadian berpunca daripada salah faham semasa berhibur di salah sebuah premis berhampiran.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan