ARTIKEL

Lapan pasukan beradu nasib buru slot separuh akhir Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Lapan pasukan akan beradu nasib untuk memburu slot ke separuh akhir Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024 berlangsung pada 24 Februari ini.

Pada kejohanan ini, pasukan TUMELA akan menentang Kaslo (jam 8 pagi) manakala BNG akan menentang Den Const. (9 pagi).

Dua lagi perlawanan menyaksikan KASTOM akan menentang KBSB (10 pagi) disusuli perlawanan antara AJV dan Vet Cops (11 pagi).

Menurut Pengerusi Kejohanan Abdul Muhtalip Tagak, beliau percaya pertembungan sengit bakal disaji oleh pemain daripada pasukan yang terlibat.

Ini kerana menurut Muhtalip, fokus kesemua lapan pasukan terlibat mahu memastikan kemenangan untuk layak ke separuh akhir.

“Kita percaya pertembungan pasti sengit untuk aksi peringkat suku akhir kelak kerana kesemua pasukan mahu memastikan kemenangan untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik (separuh akhir),” ujar Muhtalip.

Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024 bermula pada 3 Februari lalu dan menghimpunkan 24 pasukan.

Kejohanan terbabit yang menyediakan hadiah wang tunai RM2,400 beserta piala, pingat dan jersi untuk pasukan yang berjaya muncul juara.

Naib juara akan menerima wang tunai RM1,200 termasuk piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim