ARTIKEL

PESAING HEBAT...Pemain pasukan Den Const.

Lapan pasukan berentap esok rebut slot final Liga Bola Sepak Veteran Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Lapan pasukan akan turun berentap pada peringkat suku akhir Liga Bola Sepak Veteran Samarahan V-FOSS 2024 yang akan berlangsung esok di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya.

Sekali gus, mengintai slot untuk layak ke pentas akhir yang dijadual berlangsung Ahad, 25 Februari.

Aksi suku akhir esok menyaksikan Tumela akan menentang Kaslo (8:00 pagi), BNG akan menentang Den Const. (9:00 pagi).

Dua lagi perlawanan lain, Kastom akan menentang KBSB (10:00 pagi) dan AJV menentang Vet Cops (11:00 pagi).

Pengerusi Kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak menegaskan, pihaknya menjangka pertembungan sengit akan berlaku membabit empat perlawanan itu.

Menurut Muhtalip, hanya kemenangan membuka peluang pasukan untuk mengintai slot ke pentas final.

“Kita menjangkakan perlawanan yang cukup sengit membabitkan lapan pasukan esok hari,” kata Muhtalip pada sidang media ringkas hari ini.

BERITA LAIN

Akademi GMP nadi bola sepak di Betong

USAHA menyediakan barisan pemain pelapis berbakat perlu bermula di peringkat akar umbi. Langkah itu penting kerana ia menjadi penyumbang utama di peringkat teras kepada pembangunan

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang