Lapan Pati gagal masuk Sarawak

LUNDU: Lapan individu termasuk seorang wanita pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan selepas cuba memasuki Sarawak menerusi jalan tikus di Kampung Biawak, di sini, hari ini.

Aktiviti mereka berjaya dikesan sepasukan anggota pengawal yang terdiri daripada Skuadron Perisai 11 di lokasi kejadian sekitar jam 6.45 pagi.

Komander Briged Sarawak SAC Mancha Ata menerusi satu kenyataan mengesahkan kesemua suspek ketika diperiksa gagal mengemukakan sebarang dokumen sah perjalanan.

“Kesemua suspek seterusnya diarahkan berpatah balik serta merta menerusi laluan sama ketika mereka dikesan oleh pasukan operasi,” tegasnya dalam kenyataan tersebut.

Ujarnya tindakan pengusiran itu dilakukan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959 (Akta 155).

TAHAN… suspek ditahan dan diambil keterangan sebelum diusir semula ke Indonesia

Suara Sarawak