ARTIKEL

SIAP SEDIA... Dato’ Amarjit Singh Gill (tengah) bersama barisan pelumba terbabit.

Lapan pelumba dalam senarai awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyenaraikan lapan pelumba tempatan dalam pasukan awal kebangsaan bagi menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 yang berlangsung dari 27 September hingga 4 Oktober ini.

Lapan pelumba berkenaan ialah Muhammad Zawawi Azman (ATM), Muhammad Yusri Shaari (ATM/MSN), Muhammad Zahin Wahii (ATM), Muhammad Adam Hakimi Nazuan (Selangor/MSN), Chan Jian Le (Selangor), Muhammad Ameer Ahmad Kamal (PDRM), Tsen Ren Han (Kuala Lumpur) dan Muhammad Nazirul Aniq Abd Rahman (Johor).

Daripada lapan pelumba itu, hanya enam akan dipilih untuk membentuk barisan akhir Pasukan Kebangsaan Malaysia yang akan dimuktamadkan pada 25 September ini.

Presiden PKBM, Dato’ Amarjit Singh Gill berkata, pemilihan akhir mengambil kira prestasi semasa, tahap kecergasan dan kesiapsiagaan pelumba, selain kesesuaian dengan keperluan taktikal pasukan.

“PKBM memberikan peluang kepada lapan pelumba untuk membuktikan kemampuan masing-masing sebelum senarai akhir dimuktamadkan.

Beliau berkata, penyertaan dalam LTdL penting bagi memberikan pendedahan kepada pelumba tempatan untuk menguji kemampuan di pentas antarabangsa selain bersaing dengan pelumba profesional dan pasukan antarabangsa.

Pasukan Kebangsaan Malaysia akan dikendalikan Jurulatih Kebangsaan, Mohd Yusof Abdul Nasir, yang bertanggungjawab mengetuai persiapan, penilaian dan strategi pasukan menjelang LTdL 2026.

Menurut Mohd Yusof, pemilihan enam pelumba akhir tidak berdasarkan nama atau pencapaian terdahulu semata-mata, sebaliknya mengambil kira prestasi dan tahap kesiapsiagaan semasa.

LTdL 2026 bakal menguji kekuatan fizikal, ketahanan, kemahiran taktikal dan kerjasama berpasukan pelumba sepanjang lapan hari perlumbaan.

Bagi pelumba tempatan, saingan itu turut menjadi medan mengukur tahap kemampuan selepas melalui program latihan dan pertandingan sepanjang musim.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka