ARTIKEL

Lapan pertubuhan kebajikan terima sumbangan RM176,000 daripada Sarawak Energy’s

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sebanyak RM176,000 kutipan yuran pendaftaran bagi Sarawak Energy’s Isthmus Run diagihkan kepada lapan pertubuhan kebajikan di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili berkata, program bertemakan larian untuk kelestarian itu bukan sahaja memperkenalkan kembali acara yang terhenti tiga tahun akibat pandemik COVID-19, tetapi juga mengumpul dana untuk tujuan amal.

Menurutnya, acara larian tahunan ini menggalakkan penglibatan masyarakat agar membudayakan gaya hidup sihat, di samping membuat sumbangan.

“Kutipan yuran pendaftaran (RM176,000) diagihkan sama rata kepada lapan pertubuhan kebajikan.

“Antara yang menerima manfaat ialah Sarawak Eco Warriors, Jurutera Tanpa Sempadan Malaysia (Cawangan Sarawak), Persatuan Penjagaan Kehidupan, Persatuan Wanita Sarawak, Persatuan Orang Pekak Sarawak, Persatuan Kesihatan Mental Sarawak, Persatuan Autistik Kuching dan Persatuan Buah Pinggang Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sebelum melepaskan kategori perlumbaan 10 kilometer dan lima kilometer.

Sarawak Energy’s Isthmus Run secara keseluruhan mencatatkan rekod penyertaan dengan 3,120 pelari.

SEKITAR pelepasan larian ria lima kilometer pada Sarawak Energy’s Isthmus Run 2023.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU