ARTIKEL

Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan

Lapan pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah, Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SANDAKAN, Sabah: Sebanyak lapan pos imbangan tentera dalam pembinaan di Sabah dan Sarawak, yang bakal meningkatkan tahap kawalan di sempadan negara, dijangka siap tahun ini.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata pembinaan pos imbangan itu membabitkan dua pos di Sabah dan enam di Sarawak.

“Ketika ini bilangan pos imbangan sedia ada sebanyak 23 pos iaitu sembilan pos di sempadan Sabah dan 14 di Sarawak.

“Pos-pos imbangan yang masih dalam pembinaan di Sabah ialah Pos Felda Selatan, Kalabakan dan Pos Tambulanan, Tawau,” menurutnya dalam satu kenyataan sempena lawatan ke Sabah hari ini.

Muhammad Hafizuddeain berkata enam pos imbangan dalam pembinaan di Sarawak pula ialah Pos Kandaei 2, Lundu, Pos Meliki, Serian, Pos Tong Nibong, Serian, Pos Nanga San, Sri Aman, Pos Ensawang, Sri Aman dan Pos Pa’dalih, Miri.

Dalam pada itu, beliau berkata terdapat rancangan untuk membina pos sempadan baharu iaitu Pos Ladang Brantian di Tawau, Sabah serta Pos Long Singut di Kapit, Sarawak.

Di samping itu, tentera darat juga akan menggunakan pelbagai teknologi terkini seperti dron dan sistem komunikasi satelit dalam usaha mengawasi keselamatan negara.

“Kertas Putih Pertahanan juga menyatakan Malaysia akan menggunakan teknologi moden seperti kecerdasan buatan, dron dan termasuk teknologi pengawasan terkini sebagai ’force multiplier’ untuk melengkapi keupayaan aset serta sumber anggota.

“Selain itu, hasil pengawasan garis sempadan yang efektif hingga semalam, Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat menerusi Operasi Awas atau Keris Parang dan Operasi Jagawakan di Sarawak, serta Operasi Balasah di Sabah, telah mencatatkan pelbagai kejayaan termasuk pengusiran dan rampasan barangan bernilai RM908,731.75,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Hafizuddeain ketika ditemui pemberita di Pulau Berhala di sini berkata pihaknya sentiasa akur dengan sebarang pendirian kerajaan terhadap isu membabitkan Palestin, dan tentera darat bersedia jika diperlukan untuk memberi bantuan kemanusiaan misalnya seperti membentuk hospital medan.

“Anggota kita sentiasa bersiap sedia untuk membantu kerana sudah menjadi sekunder kita melakukan tugas sampingan dalam apa juga keadaan termasuk ketika bencana alam,”katanya.
-Bernama

BERITA LAIN

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

Polis mohon bantuan cari kanak-kanak hilang

JOHOR BAHRU: Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang sejak 20 Mei lepas. Ketua Polis Daerah

PDRM

Warga emas ditemui maut dalam longkang

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dalam longkang besar Sungai Pinji, Kampung Sungai Rapat, di sini semalam. Ketua

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA