PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Lapangan terbang lama Mukah sesuai dijadikan litar lumba

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Antara aktiviti sukan permotoran yang dianjurkan pada tahun 2019

KUCHING: Lapangan terbang lama Mukah amat sesuai dijadikan trek perlumbaan kerana keadaan litarnya yang baik, kata Presiden Kelab Dragrace Sarawak (KDS), Mohamad Sofian Fariz.

Mohamad Sofian Fariz

Menurut Sofian, pihaknya menyokong usaha Adun Balingian Abdul Yakub Arbi supaya tapak lama tersebut dijadikan sebagai tapak litar lumba untuk aktiviti sukan permotoran di Mukah.

“Saiz litar tersebut bersesuaian dengan perlumbaan drag yang memerlukan sekurang-kurangnya 800 meter panjang dan lebar 300 meter.

“Tambahan pula, Mukah terletak di zon tengah Sarawak sekali gus mempunyai lokasi yang strategik memudahkan peminat sukan permotoran datang,” katanya semasa dihubungi Suara Sarawak, semalam.

Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 15 tahun menganjurkan program perlumbaan berharap pihak berwajib akan memainkan peranan dalam mewartakan kawasan tersebut untuk sukan permotoran.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru