Lapangan Terbang Mukah mula beroperasi hari ini.

MUKAH: Penerbangan pertama dari Kuching menggunakan pesawat Mas Wing Twin Otter MH 3415 selamat tiba di Mukah pada jam 10.05 pagi tadi.

Sekali gus menjadi titik bersejarah permulaannya operasi Lapangan Terbang Mukah yang baharu.

Penerbangan yang dikemudi oleh Kapten Terence Lee dan Pembantu Juruterbang Mohd Azie Hanif berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang baik dengan empat orang penumpang sahaja.

Seterusnya, penerbangan kembali ke Kuching pada jam 10.35 pagi turut membawa empat orang penumpang.

Hadir menyambut dan menyaksikan ketibaan penerbangan pertama di Lapangan Terbang Mukah Baharu adalah Adun Tellian Yusibnosh Balo dan Adun Balingian Abdul Yakub Arbi.

Turut serta beberapa kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad, Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia dan agensi berkaitan.

2: Kapten Terence Lee dan Pembantu Juruterbang Mohd Azie Hanif

 

1: Penerbangan pertama tiba di Lapangan Terbang Mukah, hari ini.

Suara Sarawak