Lapor pengunjung ingkar arahan

KUCHING: Pengusaha gerai makanan yang menghadapi kesulitan dalam memastikan pelanggan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) diminta untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS) Datuk Wee Hong Seng berkata, terdapat kes pengusaha tidak dapat mengawal pengunjung untuk duduk mengikut susunan tempat yang ditetapkan iaitu duduk pada jarak fizikal satu meter.

“Kami bersetuju bahawa jika pengusaha tidak mengikuti SOP, mereka mesti dikenakan kompaun.

“Namun, masalah timbul apabila kita sering menerima banyak aduan daripada pengusaha kedai kopi yang memberitahu pengunjung hanya dua orang yang dibenarkan untuk satu meja namun mereka tidak mendengar.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 04 Mei 2021

Suara Sarawak