ARTIKEL

Kredit: REUTERS | BERNAMA

Laporan Bank Dunia-PBB anggar kerosakan infrastruktur di Gaza AS$18.5 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan sokongan Kesatuan Eropah pada Selasa mengeluarkan laporan yang menganggarkan kerosakan infrastruktur penting di Gaza kira-kira AS$18.5 bilion.

Menurut laporan The Interim Damage Assessment, kos kerosakan adalah bersamaan dengan 97 peratus daripada gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Tebing Barat dan Gaza pada tahun 2022.

Laporan itu menggunakan sumber pengumpulan data jarak jauh untuk mengukur kerosakan kepada infrastruktur fizikal dalam sektor-sektor penting yang ditanggung antara Oktober 2023 dan akhir Januari 2024.

Laporan itu mendapati bahawa kerosakan kepada struktur menjejaskan setiap sektor ekonomi.

“Perumahan menyumbang 72 peratus daripada kos. Infrastruktur perkhidmatan awam seperti air, kesihatan dan pendidikan menyumbang 19 peratus manakala kerosakan kepada bangunan komersial dan perindustrian menyumbang 9 peratus,” menurut laporan itu yang boleh diakses melalui laman sesawang Bank Dunia.

Bagi beberapa sektor, kadar kerosakan dilihat semakin menurun kerana terdapat aset yang tidak rosak.

Kira-kira 26 juta tan serpihan dan runtuhan telah ditinggalkan berikutan kemusnahan – jumlah yang dianggarkan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk dibersihkan.

Laporan itu juga mengkaji impak konflik kepada penduduk Gaza.

“Lebih separuh populasi Gaza berada di ambang kebuluran dan seluruh populasi mengalami kekurangan makanan yang teruk dan kekurangan zat makanan.

“Lebih sejuta penduduk tidak mempunyai rumah manakala 75 peratus daripada populasi wilayah itu kehilangan tempat tinggal,” katanya.

Laporan itu berkata kesan yang teruk dan berkekalan terhadap kesihatan fizikal dan mental telah menjejaskan wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya.

Kanak-kanak pula dijangka akan menerima kesan sepanjang hayat terhadap perkembangan mereka.

“Dengan 84 peratus kemudahan kesihatan rosak atau musnah serta bekalan elektrik dan air yang tidak dapat menampung keperluan fasiliti yang tinggal, penduduk mempunyai akses minimum kepada penjagaan kesihatan, perubatan atau rawatan yang menyelamatkan nyawa.

“Sistem air dan sanitasi hampir musnah, hanya menyediakan kurang lima peratus daripada kapasiti sebelum ini dengan penduduk bergantung kepada bekalan air yang terhad untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Sistem pendidikan telah lumpuh dengan 100 peratus kanak-kanak tidak bersekolah,” menurut laporan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Norway tutup sempadan kepada pelancong Rusia

OSLO: Norway pada Khamis berkata, ia menutup sempadannya kepada pelancong Rusia, menutup akses terakhir mereka ke kawasan Schengen tanpa sempadan Eropah. Sehingga 29 Mei, kebanyakan

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU