Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Larangan kempen fizikal tidak wajar – CSO

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) menyifatkan tidak wajar untuk menafikan semua parti politik dan calon bertemu pengundi dengan cara yang selamat sepanjang tempoh berkempen di negeri ini kelak.

Menurut memorandum CSO yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mereka menggesa KKM dan SPR mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang berbeza daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Tegas mereka ini kerana di Sarawak dianggarkan terdapat seramai 1,260,000 pengundi untuk dicapai dan saluran komunikasi di daerah luar bandar merupakan satu cabaran utama.

“Larangan kepada hampir keseluruhan kempen fizikal kecuali risalah peti surat dan melalui pembesar suara seperti PRN Melaka adalah tidak boleh diterima kerana ia mesti disertakan dengan alternatif lain seperti masa penyiaran percuma untuk parti politik melalui TV dan radio milik kerajaan.

“Langkah-langkah ini mesti membolehkan parti politik berkomunikasi dan mendedahkan manifesto mereka, memperkenalkan calon serta menghujah dasar kepada pengundi mulai hari penamaan calon.

“Ini merupakan penindasan kepada hak pengundi untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat dengan mengetahui/mendengar  daripada parti bertanding dan calon mereka jika perkara ini tidak dimasukkan ke dalam SOP,” katanya dalam memorandum tersebut.

Memorandum itu ditandatangani oleh 17 persatuan iaitu Bersih Sarawak, Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE), Undi Sarawak, Persatuan Warisan Terabai Kenyalang Sarawak, Save Rivers, Keep Green Movement – People Associate Development Education Penan Sarawak, Lawyer Kamek for Change, Purplelily Social Association Kuching, Persatuan Anak Istimewa Sarawak, Persatuan Pemikir Dayak Sarawak, Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial, Persatuan Dayak Iban Sarawak (Sadia), Sadia Rimbas, Sadia Rajang, Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak, Ikram Sarawak, dan Abim Sarawak.

“Walaupun kami memahami dan menerima bahawa sekatan serta had tertentu perlu ditetapkan untuk kempen fizikal. Tetapi tidak wajar menafikan semua calon untuk bertemu dan menyapa pengundi dengan cara yang selamat.

“Ini kerana penting untuk semua parti politik yang bertanding untuk menyampaikan manifesto, calon dan dasar mereka secara sama rata. SPR dan Kerajaan Persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk memudahkan perkara ini dengan membenarkan semua parti yang bertanding mendapat akses yang sama rata kepada penyiaran dan media milik kerajaan,” tegasnya.

Oleh itu, CSO mencadangkan beberapa SOP yang inovatif  sepanjang tempoh berkempen kerana kesukaran, keunikan, keluasan serta kemudahan telekomunikasi yang tidak konsisten di negeri ini.

“Antaranya semua peserta mesti mematuhi penjarakan fizikal, sama ada duduk atau berdiri. Ini terpakai kepada kedua-dua persekitaran rumah panjang/ruai, bandar dan luar bandar. Pelitup muka mesti dipakai oleh semua penceramah dan hadirin.

“Bagi lawatan dari rumah ke rumah dan pemberian risalah bersemuka, bilangan pengikut kempen yang dibenarkan dihadkan oleh SOP kepada tiga orang dan mesti berkomunikasi di luar kediaman atau ruai rumah panjang dan berada sekurang-kurangnya satu meter penjarakan,” jelasnya.

COS juga mencadangkan SPR untuk meminta syarikat penyiaran TV dan radio milik kerajaan untuk menyediakan slot siaran yang adil kepada semua parti yang bertanding termasuk parti bebas untuk siaran politikal.

“Masa yang diperuntukkan hendaklah berdasarkan formula yang adil dan saksama tetapi setiap siaran mestilah tidak kurang daripada lima minit dan tidak lebih daripada 15 minit, dua kali sehari pada waktu tontonan puncak,” tambahnya.

Tegas CSO, adalah menjadi tanggungjawab SPR bersama Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengurus dan menangani risiko dengan menjalankan pilihan raya, justeru ia harus diberi perhatian yang mendalam berikutan kebimbangan penularan wabak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk