ARTIKEL

Lari daripada polis, remaja 19 tahun mengaku bersalah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang remaja lelaki yang bertindak melarikan diri daripada polis selepas ‘kantoi’ melakukan hubungan intim dengan kenalan wanitanya dalam sebuah kereta mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Remaja lelaki berusia 19 tahun membuat pengakuan itu sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu di Jalan Samariang, kira-kira jam 2.30 petang, 7 Disember lalu.

Bagaimanapun, Zubaidah membenarkan pesalah muda itu dibebaskan dengan jaminan RM1,000 beserta ibu sebagai penjamin sementara menunggu laporan sosial pada 23 Januari 2024.

Menurut fakta kes, sepasukan polis melakukan rondaan Ops Lejang Khas (Harassment) di kawasan tapak letak kereta di sebuah stadium melihat sebuah kereta yang enjinnya masih hidup.

Semasa pengadu menghampiri kenderaan terbabit untuk memperkenalkan diri sebagai  pegawai polis terlihat tertuduh melakukan hubungan intim dengan seorang wanita dalam keadaan separuh bogel.

Tertuduh yang ketakutan kemudian melompat ke tempat duduk pemandu lalu memecut kenderaannya serta hampir melanggar anggota polis yang lain.

Selain itu, tertuduh juga telah melanggar sebuah kereta jenis Bezza semasa aksi kejar-mengejar dengan pihak polis akhirnya berjaya ditahan di bulatan Jalan Samariang.

Pemeriksaan keatas kenderaan dan badan tertuduh tidak menjumpai sebarang barangan salah ditemui. Tertuduh kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Hasil siasatan juga mendapati tertuduh dan pasangannya baru berkenalan lebih kurang dua minggu melalui aplikasi Omi Chat sedang meluangkan masa dalam kenderaan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta