Trending

LARI sambil KUTIP SAMPAH

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

APA itu plogging?

Plogging datangnya daripada ungkapan Swedish plocka upp yang bermaksud “mengutip”.

Secara amnya, plogging ialah aktiviti berlari sambil mengutip sampah di sepanjang laluan larian.

Pada Ahad lalu, seramai 27 peserta menyertai aktiviti ini anjuran Ikram Kawasan Kota Samarahan di Taman Desa Ilmu.

Peserta terdiri daripada enam ahli Ikram Kawasan Kota Samarahan, 14 pelajar Unimas dan UITM Kota Samarahan serta tujuh kanak-kanak.

Selepas aktiviti plogging dilaksanakan, sesi berkenalan dan penyampaian tazkirah ringkas disampaikan oleh Dr. Noor Hisyam Mohamed.

Antara pengisian tazkirah beliau ialah memahami ayat ketujuh surah al-Zalzalah yang menceritakan betapa sebesar zarah kebaikan yang dilaksanakan akan dikira di sisi Allah.

Suasana yang baik melahirkan individu yang baik dan beriman.

Maka, kita digalakkan untuk mencari ruang berbuat kebaikan.

Semoga aktiviti plogging dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru