Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Larian Amal Krismas di Saradise Edge disambut meriah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
: Kanak-kanak yang terlibat mengenakan pakaian Krismas yang comel pada program tersebut
Kanak-kanak yang terlibat mengenakan pakaian Krismas yang comel pada program tersebut

KUCHING: Lebih kurang seratus ibu bapa dan guru menghadiri Larian Amal Krismas Sara di Saradise Edge, di sini, hari ini.

Para peserta, termasuk kanak-kanak kecil dan ibu bapa serta adik-beradik mereka, berlari dalam dua kategori iaitu larian 5 kilometer dan larian 3km.

Dalam pada itu, Pengetua Sekolah Khas PERKATA Jalan Ong Tiang Swee Wendy Mandau, yang juga merupakan peserta larian menerima RM20,000 untuk tujuan operasi sekolah daripada pihak penganjur dan penaja majlis.

 

Beliau berkata kini terdapat 84 pelajar yang belajar di sekolah berusia 50 tahun itu.

Turut hadir bersama-samanya dalam majlis tersebut ialah suami dan dua anak perempuannya, Clarissa, 8, dari SJK Chung Hua No 2 dan Isabel Suta, murid tadika berusia 5 tahun.

Wendy (dua kanan) bersama-sama suami dan dua anak perempuannya,

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News