ARTIKEL

Timothy Darry menerima replika cek daripada wakil penaja Larian Meow Autisme 2024 anjuran KAA di sini, hari ini

Larian amal tawar hadiah RM3,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persatuan Autisme Kuching (KAA) berhasrat menjadikan acara larian amal tahunannya berstatus antarabangsa dengan lebih ramai penyertaan dari luar negara bagi merancakkan sektor pelancongan Sarawak.

Menurut Timbalan Setiausahanya, Timothy Darry, pihaknya akan menjalin kerjasama dengan pemain industri pelancongan tempatan untuk memastikan aspirasi tersebut menjadi kenyataan pada masa hadapan.

“KAA amat mengalu-alukan lebih ramai penyertaan dari luar Malaysia untuk menyokong acara larian tahunan kami ini, selaras dengan hasrat untuk menjadikannya berstatus antarabangsa.

“Mungkin Larian Meow Autisme pada tahun ini tidak sempat mencapai status acara itu, namun kami akan cuba mengekalkan momentum penyertaan dari luar negara pada tahun akan datang,” katanya.

Timothy yang juga Pengerusi Penganjur Larian Meow Autisme 2024 berkata demikian pada sidang media dan penyerahan cek tajaan acara terbabit di bangunan KAA di sini, hari ini.

Menurutnya, hasrat itu juga memandangkan penganjuran larian pada tahun ini sudah memasuki edisi ketujuh sejak ia bermula pada tahun 2016, di samping memperluaskan kesedaran mengenai autisme, seterusnya menggalakkan penerimaan komuniti.

Baca lain  Qatar beri amaran lepas tumbangkan Iran 3-2

Sementara mengenai Larian Meow Autisme 2024, ujarnya penyertaan diyakini bakal mencipta rekod baharu, memperoleh sehingga 3,000 peserta memandangkan setakat 20 Mac lalu telah menerima sebanyak 2,861 pendaftaran dengan sekurang-kurangnya lima daripadanya peserta dari luar negara.

“Dalam pada itu, acara larian pada tahun ini akan diadakan pada 28 April depan, bermula jam 5.45 pagi di pekarangan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

“Ia menawarkan sebanyak tiga kategori iaitu A, B dan C dengan pecahan tiga kilometer (km), lima km dan 10 km. Pendaftaran juga masih dibuka kepada orang ramai yang berminat,” ujarnya.

Tambahnya, 10 pemenang terbaik (lelaki dan wanita) dalam kategori 10 km bakal membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM3,000 keseluruhan.

“Para peserta juga berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk dua basikal lipat jenama Dahon; seunit telefon pintar Samsung A15, lima pasang cermin mata hitam Hummer, 20 pas percuma ke Borneo Dash Kart dan hadiah lain,” katanya lagi.

Baca lain  Zii Jia terima bayaran 'hak imej' untuk Piala Thomas

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penaja khususnya 38 Yayasan Amal Cinta manakala penajala lain adalah Valsa (Sarawak) Sdn. Bhd; Hornbill Skyways Sdn. Bhd; KKB Engineering Bhd; Sarawak Energy Berhad; KTS Trading; Belianemas Synergy Sdn. Bhd; SOCOE Sdn. Bhd; Trienekens (Sarawak) Sdn, Bhd dan banyak lagi.

Peserta yang berminat masih boleh menghubungi KAA untuk menyokong KAA melalui pendaftaran dalam talian http://t2u.asia/e/33552 atau secara manual di pejabat KAA sebelum 28 Mac 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 082-686363 (pejabat KAA), 010- 2686363 (Kimberly Sim), 010-2636300 (Odilia Beatrice) & 016-5791906 (Stephanie Goh).

Timothy Darry merakam gambar kenangan bersama-sama wakil penaja Larian Meow Austime 2024.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU