ARTIKEL

Dif-dif kehormat melakukan pelepasan bagi larian baton SUKMA XXI. - Foto UKAS

Larian Baton SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak menamatkan jelajah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas merentasi 11 bahagian di negeri ini bermula pada 27 April lalu, Program Larian Baton bagi mempromosi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024 sudah kemuncaknya.

Program larian itu berakhir di Bahagian Kuching selepas acara gilang-gemilang itu diadakan di Tebingan Sungai Kuching pada pagi ini.

Kira-kira 1,000 warga Kuching daripada pelbagai lapisan turut sama memeriahkan pusingan ke-12 larian tersebut.

Aktiviti senamrobik diadakan sebelum larian baton dimulakan. – Foto UKAS

Hujan renyai-renyai tidak memudarkan keterujaan peserta yang mula memenuhi Tebingan Sungai Kuching sejak jam 6 pagi lagi.

Pelepasan peserta larian sejauh 4.1 kilometer itu telah disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, dan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah pada jam 7 pagi.

Turut serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Felicia Tan, dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Frederick.

Kilat Boy medahului Larian Baton SUKMA XXI di Kuching pada pagi tadi. – Foto UKAS

Sebelum itu, mereka turut sama dalam aktiviti senamrobik yang turut disertai Abdul Karim, Fatimah serta tetamu kenamaan lain.

Seramai 12 ikon sukan Sarawak, termasuk atlet para, mendahului larian yang diketuai jaguh tinju Sarawak, Daeloniel McDelon Bong atau Kilat Boy.

Perasmian majlis tersebut akan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kira-kira jam 8.45 pagi.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan bagi memeriahkan lagi larian berkenaan.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya