ARTIKEL

Hii Chang Kee (berdiri tengah) menyempurnakan pelancaran Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. - - Foto: UKAS

Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 bermula di Lawas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Larian Baton Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bermula hari ini di Bahagian Limbang bagi mempromosikan temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Pelancaran Larian Baton edisi kali ini akan menjadi peristiwa penting dalam sejarah yang bakal dilakar sempena penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024.

Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 akan diteruskan ke Bahagian Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Sri Aman, Betong, Kota Samarahan, Serian dan berakhir di Kuching pada 23 Jun depan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee telah menyempurnakan pelancaran ‘flag off’ bagi Larian Baton SUKMA XXI Sarawak 2024 di Taman Awam Lawas di sini pada jam 8 pagi.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Felicia Tan Ya Hua, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak, Awang Putrayusrie Awang Reduan, Residen Bahagian Limbang, Unus Tambi, dan Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Lebih menarik, lebih 100 peserta dari Bahagian Limbang dan kontinjen jemputan dari Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam larian baton tersebut.

Larian Baton sejauh 3.6 kilometer itu diketuai ikon sukan silat, Zamri Matnor yang telah memenangi pingat di setiap kejohanan disertai di dalam dan luar negara.

Larian Baton bermula hari ini dan akan berakhir pada 23 Jun di Kuching. – Foto: UKAS

Beliau diiringi ikon sukan renang olahragawan Paralimpik, Jamery Siga serta ikon sukan angkat berat, Lai Tze Hua.

Ikon sukan keempat yang terlibat sama ialah Jeffery Tamba mewakili sukan angkat berat dan bagi mewakili atlet Paralimpik Malaysia dalam sukan olahraga ialah Bajury Ladis.

Seramai 1,000 pengunjung dari sekitar Limbang dan Lawas hadir untuk memeriahkan suasana dan menyertai pelbagai acara seperti Mega Aerobik Sarawak X-Tive dan beberapa pertandingan melibatkan e-sukan.

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.